Blog Archive

Wednesday, 27 April 2016

KENYATAAN MEDIA WINGS OF KKB 2016 : SELANGOR INTERNATIONAL BIRDS RACE



Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mengadakan Program Wings Of KKB 2016: Selangor International Birds Race yang berlansung pada 22-24 April 2016. Penganjuran adalah untuk tahun ke 5 sejak penganjuran pertama pada 2012.

Resorts World Genting  sekali lagi menjadi penaja utama buat bagi tahun keempat. Kolobrasi yang baik antara pihak MDHS dan Resort Worlds Genting ini berobjektifkan memupuk kesedaran orang ramai amnya dan pelajar sekolah khasnya kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti memerhati burung. Program ini juga akan meletakkan Kuala Kubu Bharu dan Pusat Peranginan Genting Highlands khasnya dan Daerah Hulu Selangor amnya di peta pelancongan Malaysia selaras keistimewaan Daerah ini dari segi keindahan flora dan fauna dan menjadikan kawasan ini sebagai lokasi pilihan bagi peminat aktiviti memerhati burung dari dalam dan luar negara.
    
Penganjuran kali kelima ini masih mengekalkan kategori sekolah, kategori terbuka dan fotografi. Seperti tahun sebelumnya, kategori sekolah akan berlangsung dengan para pelajar akan memerhati burung di sekitar Bandar Kuala Kubu Bharu. Manakala bagi kategori terbuka, peserta perlu bergerak 10 checkpoint yang telah ditetapkan bermula dengan 5 checkpoint Bandar Kuala Kubu Bharu, Taman Milenium, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan berakhir di Resorts World Genting. Ini menjadikan “Wings Of KKB” sebagai pertandingan memerhati burung pertama di Malaysia yang memerlukan peserta bergerak dari satu altitud ke satu altitud yang lain. Dengan ini, peserta berpeluang untuk menjumpai pelbagai spesis burung berlainan mengikut perbezaan ketinggian.  

Berdasarkan beberapa siri tinjauan yang telah dibuat oleh pihak pakar – pakar burung beberapa spesis yang menarik menunggu untuk ditemui oleh peserta seperti Oriental Pied Hornbill (Enggang Kelingking) di Kuala Kubu Bharu,  Black Crested Bulbul (Merbah Jambul) di Taman Milenium, Little Cucko Dove (Tekukur Api) di Kolam Air Panas Hulu Tamu, Whiskered Treeswift (Layang – Layang Jambul Kecil) di Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan bagi kawasan Peranginan Genting pula pelbagai spesis burung istimewa boleh dijumpai di kawasan Genting seperti Great Hornbill (Enggang Papan), Rhinoceros Hornbill (Enggang Badak), Fire-tufted Barbet (Burung Takur Api), Red-headed Trogon (Burung Kesumba Gunung) dan pelbagai spesis burung tanah tinggi yang lain.

Masih mengekalkan format pertandingan seperti tahun sebelumnya, penganjuran kali ini mengekalkan Pertandingan mengenalpasti burung kategori sekolah yang akan di jalankan di Kuala Kubu Bharu pada 23 April 2016 (Sabtu), manakala bagi kategori terbuka dan IPT akan bermula pada 23 April 2016 (Sabtu) dan berakhir pada 24 April 2016 (Ahad) di Awana Hotel Genting Highlands. Pihak penganjur juga mengekalkan pertandingan fotografi burung kategori Profesional seperti tahun sebelumnya. Aktiviti sampingan yang dijalankan adalah pertandingan Explorace bagi kanak – kanak sekolah.

Buat julung kalinya, penganjuran kali ini memperkenalkan pertandingan lukisan burung yang telah dijayakan bersama Persatuan Pelukis Perak. Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah dan Terbuka. Pertandingan ini telah menerima sambutan dengan menerima penyertaan sebanyak 71 lukisan bagi ketiga – tiga kategori untuk di adili.

Bagi pertandingan memerhati burung (birds race) sambutan yang diterima amat menggalakkan bagi ketiga – tiga kategori iaitu Terbuka, IPT,  Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Bagi kategori terbuka, 21 kumpulan dan 11 kumpulan bagi kategori IPT telah menyertai dan pada tahun ini penyertaan dari luar negara turut diterima iaitu dari Indonesia, Kemboja, India dan Belanda. Bagi ketegori Sekolah Menengah 31 kumpulan telah menyertai serta 28 kumpulan pula bagi kategori sekolah rendah. Pertandingan fotografi burung pula telah menerima penyertaan seramai 17 orang dengan penyertaan luar negara diterima dari Singapura.

Bagi aktiviti sampingan iaitu explorace, sebanyak 32 penyertaan diterima dari Sekolah Menengah dan 19 penyertaan dari Sekolah Rendah. Penganjuran kali ini juga melibatkan anak – anak istimewa dari Pusat Didikan Khas Daerah Hulu Selangor melibatkan 6 kumpulan.

Penganjuran ini akan diteruskan bagi tahun  2017 pada 21 – 23 April 2017 dan penambahbaikan akan terus dibuat oleh pihak penganjur. Keputusan Pertandingan Wings Of KKB 2016 : Selangor International Birds Race adalah seperti berikut:

Birds Race Kategori Terbuka
1.         Nama Kumpulan : Indah Myna                 Jumlah Spesis : 89
Dari : Kuala Kubu Bharu
2.         Nama Kumpulan : Trogon Crew               Jumlah Spesis : 79
            Dari : Kuala Lumpur
3.         Nama Kumpulan : Barbet                           Jumlah Spesis : 67
            Dari : Kuala Lumpur
4.         Nama Kumpulan : Sam Veasna Centre  Jumlah Spesis : 67
            Dari : Cambodia

Birds Race Kategori IPT
1.         Nama Kumpulan : Kirik – Kirik                  Jumlah Spesis : 50
            IPT : Universiti Airlangga, Indonesia
2.         Nama Kumpulan : Striped Wings Birder Jumlah Spesis : 45
            IPT : UPM, UiTM  Kolej Pusrawi
3.         Nama Kumpulan : Magpie Robin             Jumlah Spesis : 43
            IPT : PERHEBAT
4.         Nama Kumpulan : PSIS 3                          Jumlah Spesis : 34
            IPT : Politeknik Sultan Idris, Sabak Bernam

Birds Race Kategori Sekolah Menengah
1.         Nama Kumpulan : Azam Birders              Jumlah Spesis : 30
            Sekolah : SMK DHK, Kuala Kubu Bharu
2.         Nama Kumpulan : Minivet                         Jumlah Spesis : 29
            Sekolah : SMK Taman Desa 2, Rawang
3.         Nama Kumpulan : The Eagle                    Jumlah Spesis : 28
            Sekolah :
4.         Nama Kumpulan : Harming Bird               Jumlah Spesis : 27
            Sekolah : SMK KKB

Birds Race Kategori Sekolah Rendah
1.         Nama Kumpulan : Little Heron                  Jumlah Spesis : 23
            Sekolah : SK Taman Bunga Raya 2
2.         Nama Kumpulan : Pikau Junior               Jumlah Spesis : 21
            Sekolah : SK KKB1
3.         Nama Kumpulan : Scout Team                 Jumlah Spesis : 20
            Sekolah : SK Ampang Pechah
4.         Nama Kumpulan : Rising Raptor              Jumlah Spesis : 20
            Sekolah : Home School

Bird Race Anak Istimewa
1.         Nama Kumpulan : Gagak Hitam (A)
            PDK : Ampang Pechah
2.         Nama Kumpulan : Gagak Hitam (B)
            PDK : Ampang Pechah
3.         Nama Kumpulan : Burung Merak
            PDK : Soeharto

Kategori Fotografi
1.         En. Mohamad Zohairi (Batu Kawan, Pulau Pinang)
2.         En. Tan Gim Cheong (Singapura)
3.         En. Md Zaki Bin Kosrin (Selangor)
4.         Pn. Nor Akmar Binti Yacob (Georgetown, Pulau Pinang)

Kategori Lukisan Terbuka
1.         Muhammad Syafiq Kholid
            Dari : UiTM, Perak
2.         Rahimah Misnon
            Dari : Kuala Kubu Bharu
3.         Ruslinda Sidek
            Dari : Kuala Kubu Bharu
4.         Norlizah Razali
            Dari : Kuala Kubu Bharu

Kategori Lukisan Sekolah Menengah
1.         Law Jing Ying
            Sekolah : SMK KKB
2.         Teng Hong Yu
            Sekolah : SMK Bandar Baru Batang Kali
3.         Ong Jia Xin
            Sekolah : SMK Bandar Baru Batang Kali
4.         Nur Batisyia Lokman
            Sekolah : SMK KKB

Kategori Lukisan Sekolah Rendah
1.         Muhammad Irsyad Izzudin Mohd Isa
            Sekolah : Sekolah Rendah Ampang Pechah
2.         Kabilan A/L Thurarayan
            Sekolah : SJKT KKB
3.         Kirtina A/P Lagendran
            Sekolah : SJKT KKB
4.         Nyaana Sunthari A/P Muniandy
            Sekolah : SJKT KKB

Thursday, 7 April 2016


PERTANDINGAN MELUKIS TERBUKA  BIRDS OF GARDEN CITY HERITAGE