Blog Archive

Wednesday, 27 April 2016

KENYATAAN MEDIA WINGS OF KKB 2016 : SELANGOR INTERNATIONAL BIRDS RACE



Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mengadakan Program Wings Of KKB 2016: Selangor International Birds Race yang berlansung pada 22-24 April 2016. Penganjuran adalah untuk tahun ke 5 sejak penganjuran pertama pada 2012.

Resorts World Genting  sekali lagi menjadi penaja utama buat bagi tahun keempat. Kolobrasi yang baik antara pihak MDHS dan Resort Worlds Genting ini berobjektifkan memupuk kesedaran orang ramai amnya dan pelajar sekolah khasnya kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti memerhati burung. Program ini juga akan meletakkan Kuala Kubu Bharu dan Pusat Peranginan Genting Highlands khasnya dan Daerah Hulu Selangor amnya di peta pelancongan Malaysia selaras keistimewaan Daerah ini dari segi keindahan flora dan fauna dan menjadikan kawasan ini sebagai lokasi pilihan bagi peminat aktiviti memerhati burung dari dalam dan luar negara.
    
Penganjuran kali kelima ini masih mengekalkan kategori sekolah, kategori terbuka dan fotografi. Seperti tahun sebelumnya, kategori sekolah akan berlangsung dengan para pelajar akan memerhati burung di sekitar Bandar Kuala Kubu Bharu. Manakala bagi kategori terbuka, peserta perlu bergerak 10 checkpoint yang telah ditetapkan bermula dengan 5 checkpoint Bandar Kuala Kubu Bharu, Taman Milenium, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan berakhir di Resorts World Genting. Ini menjadikan “Wings Of KKB” sebagai pertandingan memerhati burung pertama di Malaysia yang memerlukan peserta bergerak dari satu altitud ke satu altitud yang lain. Dengan ini, peserta berpeluang untuk menjumpai pelbagai spesis burung berlainan mengikut perbezaan ketinggian.  

Berdasarkan beberapa siri tinjauan yang telah dibuat oleh pihak pakar – pakar burung beberapa spesis yang menarik menunggu untuk ditemui oleh peserta seperti Oriental Pied Hornbill (Enggang Kelingking) di Kuala Kubu Bharu,  Black Crested Bulbul (Merbah Jambul) di Taman Milenium, Little Cucko Dove (Tekukur Api) di Kolam Air Panas Hulu Tamu, Whiskered Treeswift (Layang – Layang Jambul Kecil) di Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan bagi kawasan Peranginan Genting pula pelbagai spesis burung istimewa boleh dijumpai di kawasan Genting seperti Great Hornbill (Enggang Papan), Rhinoceros Hornbill (Enggang Badak), Fire-tufted Barbet (Burung Takur Api), Red-headed Trogon (Burung Kesumba Gunung) dan pelbagai spesis burung tanah tinggi yang lain.

Masih mengekalkan format pertandingan seperti tahun sebelumnya, penganjuran kali ini mengekalkan Pertandingan mengenalpasti burung kategori sekolah yang akan di jalankan di Kuala Kubu Bharu pada 23 April 2016 (Sabtu), manakala bagi kategori terbuka dan IPT akan bermula pada 23 April 2016 (Sabtu) dan berakhir pada 24 April 2016 (Ahad) di Awana Hotel Genting Highlands. Pihak penganjur juga mengekalkan pertandingan fotografi burung kategori Profesional seperti tahun sebelumnya. Aktiviti sampingan yang dijalankan adalah pertandingan Explorace bagi kanak – kanak sekolah.

Buat julung kalinya, penganjuran kali ini memperkenalkan pertandingan lukisan burung yang telah dijayakan bersama Persatuan Pelukis Perak. Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah dan Terbuka. Pertandingan ini telah menerima sambutan dengan menerima penyertaan sebanyak 71 lukisan bagi ketiga – tiga kategori untuk di adili.

Bagi pertandingan memerhati burung (birds race) sambutan yang diterima amat menggalakkan bagi ketiga – tiga kategori iaitu Terbuka, IPT,  Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Bagi kategori terbuka, 21 kumpulan dan 11 kumpulan bagi kategori IPT telah menyertai dan pada tahun ini penyertaan dari luar negara turut diterima iaitu dari Indonesia, Kemboja, India dan Belanda. Bagi ketegori Sekolah Menengah 31 kumpulan telah menyertai serta 28 kumpulan pula bagi kategori sekolah rendah. Pertandingan fotografi burung pula telah menerima penyertaan seramai 17 orang dengan penyertaan luar negara diterima dari Singapura.

Bagi aktiviti sampingan iaitu explorace, sebanyak 32 penyertaan diterima dari Sekolah Menengah dan 19 penyertaan dari Sekolah Rendah. Penganjuran kali ini juga melibatkan anak – anak istimewa dari Pusat Didikan Khas Daerah Hulu Selangor melibatkan 6 kumpulan.

Penganjuran ini akan diteruskan bagi tahun  2017 pada 21 – 23 April 2017 dan penambahbaikan akan terus dibuat oleh pihak penganjur. Keputusan Pertandingan Wings Of KKB 2016 : Selangor International Birds Race adalah seperti berikut:

Birds Race Kategori Terbuka
1.         Nama Kumpulan : Indah Myna                 Jumlah Spesis : 89
Dari : Kuala Kubu Bharu
2.         Nama Kumpulan : Trogon Crew               Jumlah Spesis : 79
            Dari : Kuala Lumpur
3.         Nama Kumpulan : Barbet                           Jumlah Spesis : 67
            Dari : Kuala Lumpur
4.         Nama Kumpulan : Sam Veasna Centre  Jumlah Spesis : 67
            Dari : Cambodia

Birds Race Kategori IPT
1.         Nama Kumpulan : Kirik – Kirik                  Jumlah Spesis : 50
            IPT : Universiti Airlangga, Indonesia
2.         Nama Kumpulan : Striped Wings Birder Jumlah Spesis : 45
            IPT : UPM, UiTM  Kolej Pusrawi
3.         Nama Kumpulan : Magpie Robin             Jumlah Spesis : 43
            IPT : PERHEBAT
4.         Nama Kumpulan : PSIS 3                          Jumlah Spesis : 34
            IPT : Politeknik Sultan Idris, Sabak Bernam

Birds Race Kategori Sekolah Menengah
1.         Nama Kumpulan : Azam Birders              Jumlah Spesis : 30
            Sekolah : SMK DHK, Kuala Kubu Bharu
2.         Nama Kumpulan : Minivet                         Jumlah Spesis : 29
            Sekolah : SMK Taman Desa 2, Rawang
3.         Nama Kumpulan : The Eagle                    Jumlah Spesis : 28
            Sekolah :
4.         Nama Kumpulan : Harming Bird               Jumlah Spesis : 27
            Sekolah : SMK KKB

Birds Race Kategori Sekolah Rendah
1.         Nama Kumpulan : Little Heron                  Jumlah Spesis : 23
            Sekolah : SK Taman Bunga Raya 2
2.         Nama Kumpulan : Pikau Junior               Jumlah Spesis : 21
            Sekolah : SK KKB1
3.         Nama Kumpulan : Scout Team                 Jumlah Spesis : 20
            Sekolah : SK Ampang Pechah
4.         Nama Kumpulan : Rising Raptor              Jumlah Spesis : 20
            Sekolah : Home School

Bird Race Anak Istimewa
1.         Nama Kumpulan : Gagak Hitam (A)
            PDK : Ampang Pechah
2.         Nama Kumpulan : Gagak Hitam (B)
            PDK : Ampang Pechah
3.         Nama Kumpulan : Burung Merak
            PDK : Soeharto

Kategori Fotografi
1.         En. Mohamad Zohairi (Batu Kawan, Pulau Pinang)
2.         En. Tan Gim Cheong (Singapura)
3.         En. Md Zaki Bin Kosrin (Selangor)
4.         Pn. Nor Akmar Binti Yacob (Georgetown, Pulau Pinang)

Kategori Lukisan Terbuka
1.         Muhammad Syafiq Kholid
            Dari : UiTM, Perak
2.         Rahimah Misnon
            Dari : Kuala Kubu Bharu
3.         Ruslinda Sidek
            Dari : Kuala Kubu Bharu
4.         Norlizah Razali
            Dari : Kuala Kubu Bharu

Kategori Lukisan Sekolah Menengah
1.         Law Jing Ying
            Sekolah : SMK KKB
2.         Teng Hong Yu
            Sekolah : SMK Bandar Baru Batang Kali
3.         Ong Jia Xin
            Sekolah : SMK Bandar Baru Batang Kali
4.         Nur Batisyia Lokman
            Sekolah : SMK KKB

Kategori Lukisan Sekolah Rendah
1.         Muhammad Irsyad Izzudin Mohd Isa
            Sekolah : Sekolah Rendah Ampang Pechah
2.         Kabilan A/L Thurarayan
            Sekolah : SJKT KKB
3.         Kirtina A/P Lagendran
            Sekolah : SJKT KKB
4.         Nyaana Sunthari A/P Muniandy
            Sekolah : SJKT KKB

Thursday, 7 April 2016


PERTANDINGAN MELUKIS TERBUKA  BIRDS OF GARDEN CITY HERITAGE


Tuesday, 29 March 2016

Community Birds Watching



Dont know what is Bird Watching?
What they do during Bird Watching?
How can I be good Birders?

We have the answer. Join us in Community Birds Watching every Saturday in April @ Jalan Bukit Kerajaan, Kuala Kubu Bharu

Come and meet the Birders

We will meet you on 2 , 9 & 16 April 2016
 





Thursday, 17 March 2016

CALLING ALL BIRDS PHOTOGRAPHER .. WINGS OF KKB 2016 : SELANGOR INTERNATIONAL BIRDS RACE WILL BE HELD ON 22 - 24 APRIL 2016. COME AND CELEBRATE OUR 5 YEARS ANNIVERSARY









PERTANDINGAN FOTOGRAFI BURUNG UNTUK WINGS OF KKB 2016 : SELANGOR INTERNATIONAL  BIRDS RACE
PERATURAN DAN SYARAT
BIRD PHOTOGRAPHY COMPETITION FOR WINGS OF KKB 2016 :
SELANGOR BIRDS RACE
RULES AND REGULATIONS
Penekanan utama peraduan ini adalah konservasi hidupan burung serta habitat mereka. Peserta pertu mematuhi Kod Etika Memburung dan Prinsip Etika Amalan di Lapangan setiap masa bagi meminimakan gangguan terhadap burung serta habiat mereka. Kegagalan mengikuti sebarang peruntukan atau kaedah akan menyebabkan hilang kelayakan bertanding
The priority of the contest is conservation of birdlife and its habitat. Participants must strictly follow the CODE OF BIRDING ETHICS and the PRINCIPLES OF ETHICAL FIELD PRACTICES at all time and to minimize disturbance to birdlife and their habitat Failure to follow any contest provisions or rules will result in disqualification.
1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan peserta antarabangsa yang menggunakan kamera DSLR dan Mirrorless sahaja. Penyertaan dengan kamera jenis lain akan ditolak.
I. This contest is open to all Malaysians and International participants using DSLR or Mirrorless cameras. Entries for other type of cameras will be disqualified.
2. Semua peserta akan bermula di check point satu di Kuala Kubu Bharu (KKB) pada pukul 8.00 pagi, 23hb April 2016 dan seterusnya ke check point selanjutnya dan akan tamat di check point terakhir di Awana @ Resorts World Genting pada pukul 1.00 tengahari, 24hb April 2016
2.                All participants will start at first check point at Kuala Kubu Bharu (KKB) at 8.00 am on the 23rd April 2016 and proceed to the various check points and will end at the last check points at Awana @ Resorts World Genting at 1.00pm on the 24th April 2016.
3.                Gambar-gambar terhad kepada burung yang LIAR, TIDAK TERLATIH, SIHAT , BEBAS dan diambil di dalam kawasan serta tempoh yang ditetapkan-
3.  Photographs must be of WILD, UNTRAINED, HEALTHY, FREE-FLYING birds shot within the designated areas and period as mentioned above.
4.  Gambar-gambar burung bersarang akan ditolak.
4.   Photographs of nesting birds will be disqualified
5.               Pengunaan flash' adalah TIDAK DIBENARKAN dan penyertaan akan  ditolak.                                                                                                                                          5. Flash Photography is NOT allowed and will be disqualified.
6.   Gambar- gambar, secara keseluruhannya, mestilah kerja asal Peserta. Pengoptimuman imej-imej seperti cropping, pembetulan warna. sedikit pelarasan exposure, kontras, pcmbuangan bintik debu, penyingkiran noise dan menajam imej adalah boleh diterima. Imej yang diubah secara digital melebihi dari yang disebut di atas akan ditolak.
Peserta perlu membawa peralatan sendiri ke Awana Hotel Genting Highlands untuk proses pengoptimuman imej.
6. The photographs in its entirety must be a single work of original material taken by the participant.Optimization of images such as cropping, colour correction, small adjustments to exposure, contrast, dust  spot removal, noise removal and sharpening is acceptable. Digitally altered images beyond those mentioned  above will be disqualified
Participants are to bring their own equipment to Awana Hotel Genting Highlands for image optimizations.

7.      Setiap peserta boleh mengemukakan maksima 3 keping gambar sebagai penyertaan dengan satu yuran pendaftaran.

7.Each participant may submit a maximum of 3 entries on a single registration fee.

8.    Maklumat EXIF imej mesti kekal utuh bagi membuktikan tarikh imej diambil.
8.  EXIF information for the image must be intact to prove the date taken.
9.  Imej-imej mesti dikemukakan didalam format JPEG dengan ukuran lebar maksima 1024 piksel pada tepi panjang tanpa border dan watermark. Peserta mungkin akan diminta untuk mengemukakan imej asal beresolusi tinggi. Kegagalan mengemukakan fail yang diperlukan akan menyebabkan penyertaan ditolak

9.Images must be submitted in JPEG format with a maximum width of 1024 pixels on the long edge without borders and watermarks. Participants may be required to provide the original high resolution mages whenever requested. Failure to provide requested files will result in disqualification


10. Yuran Pendaftaran RM 50.00 tersebut adallah termasuk Gala Dinner di Awana Hotel Genting Highlands dan cenderahati yang disediakan oleh Plhak penganjur.
10. The registration fee of RM 50.00 includes a Gala Dinner at Awana Hotel Genting Highlands and goodies provided by the organizers.

11. Gambar Penyertaan tidak dikcmbalikan. Pcserta kekal memegang hakcipta gambar yang dikemukakan. Namun, pihak penganjur dibenarkan mengguna atau menerbit semula imej-imej penyertaan sebagai bahan promosi Wings of KKB pada hadapan dan kredit nama jurugambar akan diberi tanpa melibatkan yuran atau bayaran.
11. The entries are non-returnable. Participants retain the copyright of the
photographs submitted. However, the entries may be used or reproduced by the
organisers for promotional purposes of future Wings Of KKB and Photo Credits  will
be acknowledged without fee or compensation.


12. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan kepada penyertaan
12.The organizers wilÎ not be responsible for any loss or damage to an entry.
13.                      Penyerahan gambar-gambar peraduan ialah pada pukul 1.00 tengahari. 24hb April 2016 di Awana Hotel Genting Highlands
13.  Submission of photographs will be at 1.00 pm on the 24th April 2016 at Awana Hotel Genting Highlands.


14.PENGHAKlMAN
Peraduan melibatkan satu (1) pusingan penilaian. Panel terdiri dari Jurugambar Burung Berpengalaman dan Pakar Burung akan menilai semua penyertaan yang layak berdasarkan kriteria penghakiman yang tersebut di bawah.
14.    JUDGING
Contest consists or one (1) round or evaluation. A panel or Bird Photographers and Bird experts will evaluate all eligible based on the following Judging Criteria
(a) Kecemerlangan Teknikal
(a)   Technical Excellence
Detail, ketajaman, exposure, warna,
Details, Sharpness, exposure, colours,
(b)   Kecemerlangan Seni
Komposisi keseluruhan, Pose, Detik, Perlakuan yang menarik, Keaslian, Mood dan Impak.
(b) Artistic Excellence
Overall composition, Pose, Moments, Interesting Behavior, Originality, Mood and Impact
(c)    Markah lebih tinggi akan diberikan kepada spesis yang jarang dijumpai
(c) Less Common species scores higher points
Keputusan Penghakiman adalah muktamad. Pemenang akan dimaklumkan semasa Majlis Penyampaian Hadiah.
Decisions of the Judges are final and binding. Winners will be notified at the prize giving ceremony.
15. Gambar-gambar yang menang akan dipamerkan oleh pihak Penganjur, diikuti dengan
Majlis Penyampaian Hadiah yang akan diadakan pada 24hb April 2016 jam 3.00 petang di Dewan Kenyalang, Awana Hotel Genting Highlands
15. WINNING PHOTOS will be exhibited by the organizer, followed by the Prize giving ceremony to be held on 24th April' 2016 at 3.00 p.m at Dewan Kenyalang, Awana Hotel Genting Highlands